Friday, January 14, 2011

KHUTBAH JUMAAT - PENTINGNYA TAUHID

SIDANG JUMAAT YG DIKASIHI ALLAH
Sesungguhnya Tauhid adalah kewajiban pertama yang diserukan oleh para Rasul a.s Ia merupakan landasan utama dari misi dakwah mereka
Firman Allah swt "Dan kami tidak mengutus seorang Rasul pun sebelum kamu wahai Muhammad s.a.w melainkan Kami wahyukan kepadanya "Bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku (Allah) maka sembahlah sekelian akan Aku" (Al Anbiya 21-25)
Tauhid adalah hak Allah yang paling besar atas hamba-hambanya Dalam kitab Sahih Bukhari Muslim diriwayat oleh Muazd bahawa Rasulullah saw bersabda "Hak Allah atas hamba2nya ialah bahawa mereka beribadat hanya kepadanya mereka tidak mempersekutunya dgn sesuatu yg lain
Sesungguhnya sebesar-besar dosa dan kezaliman yg dilakukan hamba2nya ialah syirik ie menduakan Allah,mesyarikatkan Allah iaitu meyakini ada illah2 yg lain selain dp Allah
Allah swt mengampuni semua dosa hambanya kecuali dosa syirik.Dan barangsiapa yang terjerumus kedalamnya Allah haramkan baginya syurga dan tempat kembalinya adalah neraka jahanam seperti firmannya
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni segala dosa selain dari syirik itu bagi siapa yg dikehendaki (An Nisa'48)
"Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka sesungguhnya Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka dan tiada seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim" (al-Maidah 72)

SIDANG JUMAAT YG DIRAHMATI ALLAH
Syeikhul Islam Ibnu Tamiyah rah berkata Tauhid yg dibawa para Rasul itu ialah yg mengandungi penetapan (isbat) uluhiyah(ibadah) hanya kpd Allah semata-mata dengan bersaksi: Bahawa tidak ada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah ,tidak beribadah hanya kpdNya ,tidak berserah diri(tawakkal) kecuali kpdNya,tidak mencintai melainkan keranaNya,tidak melakukan amalan melainkan keranaNya
Semua amal yg tidak ada hubungan dengan Tauhid tidak ada nilainya sama sekali disisi Allah.Hukum mempelajari Tauhid adalah "fardhu ain" bagi setiap muslimin dan muslimat
Sabda Rasulullah saw "Umat ini akan terpecah 73 golongan,semua golongan akan masuk neraka kecuali 1 golongan ditanya kpdnya siapakah mereka itu Baginda menjawab mereka ialah orang2 yg agamanya seperti agama ku dan sahabat2ku"

Justeru wajib bagi kita:
1 Mengimani semua sifat-sifat Allah yg disebut dalam Al Quran atau disebut oleh RasulNya tanpa mengubahnya
2 Meyakini bahawa sesungguh AlQuran itu adalah Kalamullah yg diturunkanNya
3 Beriman kepada hal-hal yg akan terjadi selepas kematian spt alam barzah,adanya hari hisab di Padang Mahsyar
4 Meyakini bahawa iman itu adalah perkataan dan perbuatan meningkat seiring dengan ketaatan dan menurun bila banyaknya dosa yg dilakukan
5 Ahli Sunnah Waljamaah mencintai dan memuliakan para sahabat rahum
6 Beiman kpd Qada dan Qadar Allah

SIDANG JUMAAT YG DIRAHMATI ALLAH
Para Ulamak juga mengemukakan beberapa perkara yg boleh merosakkan iman dan tauhid kita.Juga kita diminta berhati-hati terhadapnya kerana ia boleh menyebabkan iman kita tergelincir
1 Memakai tangkal dengan tujuan menolak bala'
2 Meminta bantuan jin dengan menggunakan mentara-mentara bidaah
Sabda Rasullulah saw "Sesungguhnya jampi-jampi,guna-guna adalah syirik"
(H.R.Ahmad,Abu Daud)
3 Meminta berkat dari manusia spt mengusup tubuhnya atau berkat dari pepohon,batu-batu bahkan batu Kaabah sekalipun
Kisah Saidina Umar r.a ketika mencium Hajar Aswad pernah berkata "Sesungguhnya aku tahu kamu adalah seketul batu yg tidak memberi manfaat dan mudharat.Kalau bukan kerana aku pernah melihat Rasullulah saw menciummu nescaya aku tidak akan menciummu
4 Melakukan solat atau tawaf ditujukan kpd kubur
5 Mendatangi tukang sihir,tukang tenung nasib,para dukun,nujum,sekalipun mereka bergelar Tok Kiyai atau Tok Guru
6 Tiyarah - Percaya kpd ramalan,alamat,pentanda baik,buruk atau sial
7 Terlalu menggantungkan harapan,nasib kpd asbab spt doktor
8 Terlalu cinta pada makhluk atau terlalu takut pada makhluk
9 Tidak merasa khuatir akan azab Allah atau berputus asa akan Rahmat Allah
10 Tidak sabar,marah dan tidak menerima qadar(ketentuan)Allah
Ex Kenapalah semua ini mesti menimpa pada aku wahai Allah kenapa tidak terjadi pd orang lain
11 Berbuat amal kebajikan kerana riya' glamour,mencari populariti atau beramal kerana mengharapkan kepentingan duniawi semata-mata
Firman Allah "Sesiapa yg menghendaki (kesenangan)dunia kami akan segerakan kpdnya perkara yg kami kehendaki bagi siapa yg kami kehendaki kemudian kami sediakan baginya jahanam (di akhirat kelak) untuk membakarnya dalam keadaan yg hina lagi tersingkir dari Rahmat Allah (S.Al-Isra'18)
12 Mentaati pemimpin yg menghalalkan yg haram.Ketaatan membabi buta seumpama ini boleh menggelincirkan iman
13 Memperolok2an agama,Rasul-rasul,AlQuran dan Sunnah ex Nabi ada janggut kerana zaman itu tidak ada pisau cukur
14 Melukis gambar-gambar makhluk bernyawa,mengagungkan dan menggantungkanya di dinding
15 Melukis,meletakkan gambar salib atau membiarkan terukir di pakaian tanpa mengingkarinya
16 Menganggap Hukum Allah dalam AlQuran ketinggalan zaman dan tidak relevan di masa kini
Sikap dan atitude seumpama ini sama seperti mencabar Allah dan menafikan iman dan tauhid dirinya sendiri

SIDANG JUMAAT YG DIKASIHI ALLAH
Tauhid itu adalah ibarat sebatang pohon ia tumbuh dalam hati seorang mukmin kemudian tumbuh cabang2nya yg semakin hari semakin panjang dan semakin indah
Demikian pula iman semakin disirami dengan ketaatan yg dapat mendekatkannya kpd Allah Azza wa Jalla
Semakin bertambah kecintaan seseorang pd Allah semakin besar rasa takut dan harapnya serta semakin kuat tawwakalnya kpd Allah
Justeru adalah menjadi kewajiban setiap muslimin dan muslimat menguatkan iman dan menyuburkan iman mereka dengan:
1 Berbuat taat kerana mengharapkan keredhoanNya
2 Meninggalkan maksiat dan dosa kerana takut pd siksaanNya
3 Bertafakkur atas ciptaan Allah dilangit dan bumi
4 Mengenali nama2 Allah ,Sifat2Nya yg menunjukkan kemuliaan dan kesempurnaanNya
5 Sentiasa menimba ilmu yg bermanfaat dan mengamalkanya
6 Melazimkan membaca AlQuran dengan taddabur,menghayati,memahami makna dan maksud
7 Taqarrub - mendekat diri kpd Allah dengan memperbanyakkan amalan sunat disamping yg fardhu
8 Memperbanyakkan zikirullah dalam segala situasi dan kondisi dengan lidah dan hati
9 Selalu bergaul dan duduk bersama orang soleh,ikhlas serta cinta pd Allah
10 Membersihkan hati dari penyakit hati spt hasad dengki,irihati,sombong,takbur,ujub,bangga diri,riya',ghurur(merasa serba lebih)terhadap kaum muslimin
11 Mengakui serta mencontohi prilaku Sunnah Rasulullah saw dalam segala hal kecil maupun besar
12 Berjihad fisabillillah
13 Melakukan kerja2 Amar maaruf nahi munkar

Firman Allah
"Barangsiapa mengharap akan menemui TuhanNYA Hendaklah ia beramal dengan amalan soleh dan janganlah ia mempersekutukan (syirik) menyembah TuhanNya dengan sesuatu apa pun (Al Kahfi: 110)

SIDANG JUMAAT YG DIRAHMATI ALLAH
Salah satu kesilapan umat islam hari ini menganggap usaha-usaha ke arah meningkat dan menguatkan iman dan amal soleh tidak penting dan dipandang negatif Maka kedengaranlah suara-suara sumbang menyatakan "Buat apa ajak saya usaha atas iman soleh,saya sudah islam" Persoalan-persoalan sebegini telah pun terjawab
Firman Allah
"Hai orang beriman ,berimanlah kpd Allah , Rasul,dan kitab .........
"Hai orang beriman selamatkan diri kamu dan ahli kamu dari bakaran api neraka"
Begitu juga dalam hadith Rasullullah saw
"Perbaharuilah iman kamu, bagaimana kami perbaharui iman kami ya Rasullullah
Perbanyakkan ucapan Lailahaillalah (HR Ahmad,Tobrani)hh
Dalam hadith yg lain
"Tiada seorang hamba mengucapkan Lailahaillalah 100 kali melainkan Allah akan membangkitkan ia pada hari kiamat dengan wajah yg bercahaya spt bulan purnama

No comments:

Post a Comment